Followers

Selasa, 12 Jun 2012

FINAL EXAM

Sekarang tengah melalui saat paling gentir iaitu peperiksaan akhir. Sebab peperiksaan ini menetukan kita orang punya 'pointer'. Dan ini mungkin entry terakhir untuk semester ini sebab lepas ini cuti.Untuk kawan-kwan seperjuangan. Selamat berjaya. Semoga bertemu lagi di lain hari. Mungkin semester depan ada lagi entry yang lebih menarik dan saya akan cuba memerbaiki setiap kelamahan yang berlaku dalam setiap entry yang akan mendatang kerana saya pun baru lagi dalam dunia blog.



Rabu, 6 Jun 2012

DRAWING RUBBER BAND CAR

Entry sebelum ni adalah hasil kerja yang telah siap di hasilkan. Kali ini adalah hasil kerja dalam bentuk lukisan autocad. Dalam lukisan ini juga di masukkan 'dimension' atau lebuh dikenali lagi ukuran dari pandangan sisi, hadapan dan belakang. Lukisan ini telah dihasilkan dalam masa beberapa jam sahaja mengikut kecekapan seseorang itu menggunakan software yang disediakan untuk melukis menggunakan komputer atau pun laptop.
Disebabkan aku tidak berapa cekap, ambil masa beberapa jam hulah untuk siapkan  termasuk bahagian tayar depan, tayar belakang dan juga badan 'rubber band car kumpulan kami.


 Inilah adalah lukisannya. Cuma aku tidak masukkan gambar mengikut bahagian-bahagian yang ada. Kepada sesiapa yang tidak faham, bolehlah menghantar komen. Lagi pun aku tidaklah hebat sangat dalm melukis menggunakan Komputer ni.


FUTURE ENGINEER
:-)

RUBBER BAND CAR

Akhirnya 'rubber band car kumpulan aku dapat di siapkan juga. Menggunakan barang-barang yang serba murah dan sungguh simple. 'Rubber band car' yang telah dihasilkan boleh bergerak pada jarak yang jauh juga. Ini kerana menggunakan beberapa sistem fizik dan juga menggunakan ilmu-ilmu yang telah dipelajari semasa sekolah dulu.

Ini antara barang yang di gunakan oleh kumpulan kami.

Ini adalah 'rubber band car' yang telah dihasilkan setelah mencari idea beberapa minggu sebelum benda ini disiapkan.

Setelah hasil kerja ini disiapkan. Nampaknya semua ahli kumpulan kami bersetuju dengan hasil yang telah keluar atau yang telah dibuat dengan beberapa cubaan sahaja. Cuma cubaan yang telah ini telah menyebabkan beberapa perubahan idea tentang menghasilkan bahagian tayar sahaja.

Ini adalah cubaan pertama untuk membuat tayar itu lebih seimbang. Apabila hasilnya menjadi begini. Kami mengambil keputusan untuk menukar dengan menggunakan cara yang lain.

FUTURE ENGINEER
:-)