Followers

Khamis, 24 Mei 2012

DESIGN 'RUBBER BAND CAR'

Entry kali ini adalah mengenai projek yang kena 'submit' minggu depan. Kerja kali ini adalah design. Subjek lukisan. Kita orang di arahkan membuat satu 'rubber band car' siap dengan 'sketching' dan lukisannya menggunakan autocad. Nak tak nak, kena la buat. Tapi group aku tak buat apa-apa lagi. Esok baru nak cari bahan. Silap-silap, petang esok aku kena balik rumah. Nak ambik barang la. Ada la barang nak kena ambik. Nak buat design la katakan. Group member aku dah siap dah dia punya 'rubber band car'. Bila dah siap, kena pula buat satu benda mengenai apa yang kita orang buat dan 'print' dalam saiz A3. Kenalah juga buat. Kita orang kena siapkan sebelum hari selasa dan hari rabu nak buat lukisan dan juga 'print' maklumat tu kat kedai luar.

 Ini adalah contoh 'rubber band car'.

Kemungkinan 'design' di atas ni kita orang ambil untuk buat kita orang punya. Tapi adalah sedikit perubahan. Apa perubahan yang kami akan buat. Kena tunggu dan lihat.Kita akan guna barang yang berlainan sedikit daripada yang ada kat atas ni dengan sedikit perubahan pada strukturnya.


FUTURE ENGINEER
:-)

Sabtu, 19 Mei 2012

DRAWING WHEELBARROW

Ini adalah salah satu assingment kami sebagai pelajar kejuruteraan. Assingment ini di bawah tajuk Lukisan Terbantu Komputer. Pada mulanya kita orang dalam satu kumpulan terdiri dalam 4 hingga 5 orang perlu sketch gambar whellbarrow. Kemudian melukiskan gambaran tersebut di dalam koputer menggunakan autocad. Pening juga nak lukis guna autocad sedangkan dia nak lukisan dari atas, sisi dan hadapan. Itu saja. Tapi aku edit pada hari selasa malam rabu (15 Mei 2012) hampir 4 jam aku menghadap laptop semata-mata untuk siapkannya sahaja. Itu pun habis saja kelas pukul 12 tengah hari (16 Mei 2012), aku edit lagi sikit supaya menjadi. Dah lukis tu, kena pula lukis "by part". Kenalah pecahkan ikut part. Tapi semuanya telah pun selesai dan telah pun dihantar pada 16 Mei 2012.

Ini adalah sketch yang telah dilukiskan oleh salah seorang ahli kumpulan aku.

Inilah hasil gmabar yang telah dilukiskan menggunakan autocad.

Nasib abik lukisan dalam bentuk 2D sahaja. Kalau dalam bentuk 3D. Silap-silap dekat setahun baru nak siap lukisan ini. Kena improvekan lagi ni. Kene belajar banyak benda lagi ni. Sampai sini sahaja entry kali ini. Aku akan masukkan lagi apa yang akan dipelajari dalam bidang kejuruteraan amnya kejuruteraan pertanian dan biosistem.

FUTURE ENGINEER
:-)

Selasa, 15 Mei 2012

TEST 2 MATH

Kan best kalau matematik kejuruteraan nie macam 'maths' zaman sekolah. Senang dan mudah untuk dapat 'A'. Tapi lagi payah la. Makin tinggi belajar. Makin susah.Bukan saja makin susah. Nak nampak nombor pun susah. Itulah lumrah kehidupan sebagai pelajar kejuruteraankan. Nak tau apa yang keluar tadi?

1. Runge-Kutta - 2nd order
2. Runge-Kutta - 4rd order
3. Euler - Higher order
4. Optimization
5. Laplace - Inverse
                 - Integrals
                 - General

Aku tak tau la aku boleh buat ke tak tadi. Walaupu rumusnya dah kasi. Aku masih ragu-ragu dengan jawapan yang aku jawab tadi. Kalau korang nak tau macam mana rupanya matematik kejuruteraan. Aku akan kasi link matematik. Dalam tu korang boleh check la. Dalam tu banyal lagi matematiknya bab. Korang cari la bab-bab yang aku belajar ni dan kalau korang rajin. Cubalah buat sekali. Nak tengok pening tak pening jawab soalan tu.


Web Site
http://numericalmethods.eng.usf.edu

SELAMAT MENCUBA
:-)

Khamis, 10 Mei 2012

INSTRUMENT LAB (BASIC DIGITAL TO ANALOG CONVERSION)

Dalam jurusan yang aku ambil. Kita orang kena belajar subjek "Peralatan Dalam Sistem Biologi" atau dikenali oleh kita orang sebagai "instrument". Dalam subjek ni kita orang kena belajar pasal elektrik. Bukan la basic elektrik. Tapi boleh tahan la. Semua barang telah disediakan. Kita orang kena pasang ikut gambar yang di telah di beri dalam "lab sheet". Dah siap pasang dia kena sambungkan kat komputer dan ada la cara dia. Lepas kena "run". Kalau benda tu tak keluar ikut yang sepatutnya, bermakna ada kesilapan ketika pasang benda tu. Kalau keluar mengikut apa yang ada kat "lab sheet" bermakna benda tue betul la.



Inilah adalah basic kepada litar "digital to analog conversion" yang berada dalal "lab sheet" kita orang.

Inilah litar yang telah dihasilkan oleh kawan seangkatan aku. Ok la juga. Tak macam apa yang aku buat. Serabut dengan wayar.

 Yang ini terdapat perbezaan berbanding gambar yang pertama tadi. Yang ini perlu ditambahkan "LED" untuk memastikan berapakah voltage yang ditarik oleh "LED" yang telah ditambah.
Yang ini pula, ditambah dengan "Om Amp". Apa itu "Om Amp"? "Om Amp" ialah satu alat bagi memastikan jumlah elektrik yang dibaca dalam litar tidak dipengaruhi oleh "LED" tadi dan memastikan jumlah elektrik adalah sama.

Ini sajalah yang aku dapat kongsi untuk kali ni. Mungkin selepas ini banyak lagi yang aku akan kongsikan. Sebab jurusan yang aku ambil ni amat menyeronokkan sebab belajar banyak benda. 

FUTURE ENGINEER
:-)

BLOG BARU

Hye semua.




Blog ini dicipta untuk berkongsi pendapat anda tentang dunia kejuruteraan yang telah bertapak di Malaysia sekarang ni. Tidak kisah la dalam bidang apa sekali pun. Untuk pengetahuan anda semua. Aku juga pelajar kejuruteraan. Aku belajar dalam bidang Kejuruteraan Pertanian dan Biosistem.




Apa yang belajar dalam bidang ini akan aku entry kan dalam ni. Semoga semua dapat berkongsi maklumat.
Sebab aku pun tidak la pandai mana. Sekadar nak berkongsi pengetahuan terutamanya dalam bidang Kejuruteraan Pertanian dan Biosiste.

Sebab ramai yang anggap, ada saja perkataan pertanian. Mesti kena masuk ladang. Tapi itu memang la tidak lari dalam bidang yang aku belajar ni. Tapi ada kelainan dalam bidang ni.

Apa kelainannya.

Akan diberitahu kemudian.