Followers

Khamis, 24 Mei 2012

DESIGN 'RUBBER BAND CAR'

Entry kali ini adalah mengenai projek yang kena 'submit' minggu depan. Kerja kali ini adalah design. Subjek lukisan. Kita orang di arahkan membuat satu 'rubber band car' siap dengan 'sketching' dan lukisannya menggunakan autocad. Nak tak nak, kena la buat. Tapi group aku tak buat apa-apa lagi. Esok baru nak cari bahan. Silap-silap, petang esok aku kena balik rumah. Nak ambik barang la. Ada la barang nak kena ambik. Nak buat design la katakan. Group member aku dah siap dah dia punya 'rubber band car'. Bila dah siap, kena pula buat satu benda mengenai apa yang kita orang buat dan 'print' dalam saiz A3. Kenalah juga buat. Kita orang kena siapkan sebelum hari selasa dan hari rabu nak buat lukisan dan juga 'print' maklumat tu kat kedai luar.

 Ini adalah contoh 'rubber band car'.

Kemungkinan 'design' di atas ni kita orang ambil untuk buat kita orang punya. Tapi adalah sedikit perubahan. Apa perubahan yang kami akan buat. Kena tunggu dan lihat.Kita akan guna barang yang berlainan sedikit daripada yang ada kat atas ni dengan sedikit perubahan pada strukturnya.


FUTURE ENGINEER
:-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan